Testimoni Graduan EMI '07

Apa pula kata Graduan Eksplorasi Menara Ilmu 2007?

“EMI ialah suatu wadah alternatif bagi lepasan SPM dari seluruh Malaysia untuk mengeratkan silaturrahim, bertukar fikiran dan mengisi kebosanan sementara menanti kemasukan ke IPT. Pendedahan tentang kehidupan di IPT telah banyak membantu saya sehingga saya berjaya tersenarai dalam Senarai Dekan. Terima kasih EMI, ia sungguh bermakna dalam hidupku!”
Marwan Abdullah
Peserta EMI ’07. Beliau bakal meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tidak lama lagi.

“Melalui EMI, saya dapat belajar dengan lebih mendalam segenap hal yang berkaitan dengan dunia mahasiswa. EMI juga merupakan tapak permulaan dalam mengenali kehidupan yang Islamik di kampus. Sangat rugi jika tidak sertai!”
Ahmad Fahmi Mohd Faudzi
Peserta EMI ’07. Beliau kini siswa dalam bidang Senibina dan Rekaan Persekitaran di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Setelah menyertai program EMI, saya mendapat banyak informasi tentang bidang kerjaya yang boleh diceburi selain mendidik saya berkenaan peluang yang boleh diambil dan cara untuk menuju ke bidang yang saya minati. EMI juga mempunyai ahli panel iaitu mahasiswa yang yang datang dari segenap IPT di Malaysia. Dari situ saya dapat membuat pilihan terbaik dalam memohon mana-mana universiti.”
Muhammad Ghazali Md Nor

Peserta EMI ’07. Beliau kini sedang menyudahkan pengajian dalam bidang Sains Hayat di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

“EMI merupakan titik tolak bagi saya menceburkan diri dalam bidang dakwah. Sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya tentang peri pentingnya mengamalkan hidup Islam dan menjadi pendakwah.”
Muhammad Nuruddin Mohd Yusof

Peserta EMI ’07. Beliau kini menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Sains Kesihatan Bersepadu.

Monday 14 April 2008

0 Comments: