Aturcara Eksplorasi Menara Ilmu 2008 (EMI '08)

Ayuh, meriahkan program ini! Terbuka kepada semua lepasan SPM!

Eksplorasi Menara Ilmu 2008 (EMI '08)

Tarikh
25 hingga 27 April 2008/
18 hingga 20 Rabiulakhir 1429H (Jumaat hingga Ahad)


Tempat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Hari Pertama)
dan Kem Sri Raudah, Gombak (Hari Kedua dan Ketiga)


Yuran
RM 40 sahaja!

Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)

Sebarang kemusykilan dan untuk urusan pendaftaran, boleh hubungi:
Bro. Danny (012-930 7522) dhanysarip@gmail. com
atau
Bro. Wan Am (012-661 5745)

Aturcara Program
Hari Pertama (25 April 2008/Jumaat)
9.00 am Pendaftaran dan Kudapan
10.40 am Taklimat
11.00 am Nyalaan Ukhuwwah 1: Ayuh Kenal Yuk!
12.00 pm Makan Tengahari
12.30 pm Solat Zohor berjemaah/Jumaat di Masjid Negeri, Shah Alam
2.45 pm Ceritera Sukses 1: Resipi Sukses Mahasiswa Cemerlang
4.00 pm Lepaklah Geng! 1:Latihan Dinamika Kumpulan 1
4.45 pm Solat Asar berjemaah dan Minum Petang
5.15 pm Lepaklah Geng! 2: Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu
6.15 pm Makan Malam dan Khidmat Diri
7.20 pm Solat Maghrib berjemaah dan Halaqah Ilmiah 1
8.30 pm Solat Isyak berjemaah
9.00 pm Ceritera Sukses 2: Forum: Langkah Menuju Jaya
11.00 pm Lepaklah Geng! 3:Latihan Dinamika Kumpulan 3
11.30 pm Minum Malam dan Beradu
Hari Kedua (26 April 2008/Sabtu)
5.00 am Munajat Cinta Teragung dan Solat Subuh berjemaah
6.30 am Halaqah Ilmiah 2
7.30 am Nyalaan Ukhuwwah 2: Tafakur Alam Rimba
11.30 am Khidmat Diri
12.30 pm Makan Tengahari dan Solat Zohor berjemaah
2.00 pm Ceritera Sukses 3: Forum: Persimpangan Cinta dan Cita
3.00 pm Lepaklah Geng! 4:Latihan Dinamika Kumpulan 3
3.45 pm Persiapan untuk MANIS
4.15 pm Minum Petang dan Solat Asar berjemaah
4.45 pm Nyalaan Ukhuwwah 3: Cergas Cetus Cerdas
6.30 pm Makan Malam dan Khidmat Diri
7.30 pm Solat Maghrib dan Halaqah Ilmiah 3
8.30 malam pm Solat Isyak berjemaah
9.00 pm Lepaklah Geng! 4:Presentasi: Ta’aruf Karisma
9.40 pm Persiapan Akhir MANIS
10.00 pm Nyalaan Ukhuwwah 4: Malam Nurani Intepretasi Seni
11.30 pm Minum Malam dan Beradu

Hari Ketiga (27 April 2008/Ahad)
6.00 pagi am Solat Subuh berjemaah dan Halaqah Ilmiah 4
7.30 am Nyalaan Ukhuwwah 5: Riang Ria Riadah
8.00 am Sarapan dan Khidmat Diri
9.00 am Ceritera Sukses 4: Misi Agung Mahasiswa Muslim
10.30 am Lepaklah Geng! 5: Bengkel Jejak Karisma
11.45 am 9.00 am Ceritera Sukses 5: Bersiap Siaga Menangkis Cabaran
12.15 pm Majlis Penutup
1.30 pm Motivasi Perpisahan
1.45 pm Solat Zohor berjemaah
2.00 pm Bersurai

Di antara tetamu khas yang bakal menggegarkan program ini:
1. En. Razali Rashid
2. Dr. Hafidzi Mohd Noor
3. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj
4. Ustaz Dr. Samsuri Sharif
5. Puan Rosmawati Zainal
6. En. Ammar Md. Zin

dan ramaaaiii lagiii!

Jom! Cepat-cepat mendaftar!

Tuesday 15 April 2008

Objektif Program Eksplorasi Menara Ilmu '08

Apakah objektif program ini? Kalau tiada objektif, maka sia-sia sahajalah penganjuran program yang menelan belanja besar ini!

Inilah objektif program yang telah kami, pihak penganjur gariskan;

1. Memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM 2007 berkenaan gambaran kehidupan pasca persekolahan di IPT kelak.

2. Merealisasikan perkongsian sesama tokoh akademik, pakar motivasi, graduan, mahasiswa dan bakal siswa tentang tips-tips kecemerlangan hidup di IPT.

3. Mendidik para pelajar berkaitan haluan kerjaya yang amat penting sebagai penerusan pada bidang kursus yang dipilih di IPT.

4. Menyerapkan di samping menekankan kepentingan elemen akhlak Islami dan ibadah kerohanian yang merupakan resipi kejayaan mahasiswa Muslim.

5. Mengukuhkan silaturrahim sesama pelajar yang berhimpun dari seluruh pelusuk tanahair.

Monday 14 April 2008

Jom! Meriahkan Eksplorasi Menara Ilmu '08!

Alhamdulillah! Dengan izin Allah Ta'ala mereka menggapai kejayaan!
Kepada lepasan SPM, ayuh sertai mereka! Ayuh sertai;

**Eksplorasi Menara Ilmu (EMI '08)**

Tarikh
25-27 April 2008 (Jumaat-Ahad)

Tempat
Sekitar Lembah Klang* (akan dimaklumkan kemudian)

Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
dan Karisma-Facilitator (K-Faci)

Yuran
RM 40.00 sahaja! InsyaAllah, berbaloi punya!

Terbuka kepada semua lepasan SPM!
Ha, apa lagi! Ajak anak, cucu, adik, saudara, kawan, jiran untuk memeriahkan program tahunan ini!

Sebarang kemusykilan dan untuk urusan pendaftaran, boleh hubungi:
Bro. Danny (012-930 7522) dhanysarip@gmail.com
atau
Bro. Wan Am (012-661 5745)

Testimoni Graduan EMI '07

Apa pula kata Graduan Eksplorasi Menara Ilmu 2007?

“EMI ialah suatu wadah alternatif bagi lepasan SPM dari seluruh Malaysia untuk mengeratkan silaturrahim, bertukar fikiran dan mengisi kebosanan sementara menanti kemasukan ke IPT. Pendedahan tentang kehidupan di IPT telah banyak membantu saya sehingga saya berjaya tersenarai dalam Senarai Dekan. Terima kasih EMI, ia sungguh bermakna dalam hidupku!”
Marwan Abdullah
Peserta EMI ’07. Beliau bakal meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tidak lama lagi.

“Melalui EMI, saya dapat belajar dengan lebih mendalam segenap hal yang berkaitan dengan dunia mahasiswa. EMI juga merupakan tapak permulaan dalam mengenali kehidupan yang Islamik di kampus. Sangat rugi jika tidak sertai!”
Ahmad Fahmi Mohd Faudzi
Peserta EMI ’07. Beliau kini siswa dalam bidang Senibina dan Rekaan Persekitaran di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Setelah menyertai program EMI, saya mendapat banyak informasi tentang bidang kerjaya yang boleh diceburi selain mendidik saya berkenaan peluang yang boleh diambil dan cara untuk menuju ke bidang yang saya minati. EMI juga mempunyai ahli panel iaitu mahasiswa yang yang datang dari segenap IPT di Malaysia. Dari situ saya dapat membuat pilihan terbaik dalam memohon mana-mana universiti.”
Muhammad Ghazali Md Nor

Peserta EMI ’07. Beliau kini sedang menyudahkan pengajian dalam bidang Sains Hayat di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

“EMI merupakan titik tolak bagi saya menceburkan diri dalam bidang dakwah. Sedikit sebanyak dapat menyedarkan saya tentang peri pentingnya mengamalkan hidup Islam dan menjadi pendakwah.”
Muhammad Nuruddin Mohd Yusof

Peserta EMI ’07. Beliau kini menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Sains Kesihatan Bersepadu.

Testimoni Graduan EMI '06

Apa kata Graduan Eksplorasi Menara Ilmu 2006 tentang program ini?

“EMI sememangnya memberi satu nafas baru dalam memahami kehidupan sebagai seorang pelajar. Dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh fasilitator yang mesra dan mantap membuatkan saya lebih yakin dalam merancang halatuju untuk mencapai kejayaan dan matlamat hidup.”
Said Imaduddeen Norhisham

Peserta EMI ’06. Beliau kini menekuni ilmu dalam bidang Sains Biologi di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya mendapati EMI sangat baik untuk pemantapan akidah dan jati diri dalam usaha bergelar mahasiswa dan menjadi insan yang berjaya. Program ini banyak memberi bantuan dan kefahaman untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar.”
Mohd Arrobe’ Ahmad Baei
Peserta EMI ’06. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Sains Biologi.

“Program EMI memberi banyak faedah di samping memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kebanyakan slot dipenuhi dengan input yang banyak membantu saya dalam menempuh hidup. Aktiviti yang tidak kurang hebatnya membuktikan EMI sangat seronok dan menjanjikan anda kenangan yang manis!”
Murshidah Mazlan

Peserta EMI ’06. Beliau kini sedang mengejar cita-cita untuk bergelar pengamal Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Program EMI mengajar saya untuk mengenal kehidupan di universiti melalui perkongsian dari fasilitator yang berpengalaman. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan serta fasilitator yang sangat mesra. Pengalaman bersama EMI tidak dapat saya lupakan.”
Nuh Zuleffendi
Peserta EMI ’06. Beliau kini berada dalam Tahun 1 di Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.