Testimoni Graduan EMI '06

Apa kata Graduan Eksplorasi Menara Ilmu 2006 tentang program ini?

“EMI sememangnya memberi satu nafas baru dalam memahami kehidupan sebagai seorang pelajar. Dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh fasilitator yang mesra dan mantap membuatkan saya lebih yakin dalam merancang halatuju untuk mencapai kejayaan dan matlamat hidup.”
Said Imaduddeen Norhisham

Peserta EMI ’06. Beliau kini menekuni ilmu dalam bidang Sains Biologi di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Saya mendapati EMI sangat baik untuk pemantapan akidah dan jati diri dalam usaha bergelar mahasiswa dan menjadi insan yang berjaya. Program ini banyak memberi bantuan dan kefahaman untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar.”
Mohd Arrobe’ Ahmad Baei
Peserta EMI ’06. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Sains Biologi.

“Program EMI memberi banyak faedah di samping memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kebanyakan slot dipenuhi dengan input yang banyak membantu saya dalam menempuh hidup. Aktiviti yang tidak kurang hebatnya membuktikan EMI sangat seronok dan menjanjikan anda kenangan yang manis!”
Murshidah Mazlan

Peserta EMI ’06. Beliau kini sedang mengejar cita-cita untuk bergelar pengamal Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Program EMI mengajar saya untuk mengenal kehidupan di universiti melalui perkongsian dari fasilitator yang berpengalaman. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan serta fasilitator yang sangat mesra. Pengalaman bersama EMI tidak dapat saya lupakan.”
Nuh Zuleffendi
Peserta EMI ’06. Beliau kini berada dalam Tahun 1 di Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Monday 14 April 2008

0 Comments: