Pendaftaran Di Kulliyyah Kejuruteraan


Bagi menjawab adik-adik yang bertanya -- kedudukan kaunter pendaftaran ERAT '09, jawapannya ialah di hadapan Auditorium Kulliyyah Kejuruteraan, UIAM.

Di mana letaknya dewan besar itu, sila klik peta di atas. Lihat pada anak-anak panah menuju ke Kulliyyah Kejuruteraan. Kemudian ada garisan merah yang bersepah sket (saya tambah guna Paint, sebab itu kurang comel), ikut laluan tersebut untuk masuk ke tapak parkir :)

Kalau ikut ingatan saya, jalan yang akan adik-adik lalui adalah seperti berikut:

Masuk pagar utama UIAM sambil lambai dan senyum kepada pakcik guard -- nampak bulatan, ambil pukul sembilan, dan kemudian jalan terus -- di sebelah kanan adik-adik akan ada dewan besar bertulis C.A.C., jalan lagi -- kemudian nampak bangunan Kulliyyah Architecture dan Environmental Design, terus lagi -- kemudian adik akan nampak tulisan Kulliyyah Engineering di bangunan belah kanan, kemudian ada simpang masuk kanan -- masuk ke tapak parkir.

Sambil-sambil itu, boleh lihat pada papan signage yang disediakan di tepi jalan.

Jangan lupa, di UIAM hanyalah jalan sehala/one way. Sekali tersilap kena buat satu pusingan penuh, perabeh minyak :) Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!

Thursday, 16 April 2009

0 Comments: